[PERMOHONAN DIBUKA] Panduan Lengkap Permohonan Skim Rumah Pertamaku (SRP) Kepada Individu Yang Berpendapatan Rendah

 

Skim Rumah Pertamaku (SRP), merupakan inisiatif untuk memiliki rumah yang pertama kali diumumkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama yang berpendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,000 (tertakluk kepada RM5,000 setiap pemohon) untuk memiliki rumah pertama mereka.

Ciri-Ciri & Faedah Utama

Pembiayaan sehingga 110%
Harta kediaman untuk dihuni sendiri (sama ada dalam pembinaan atau sudah siap) daripada pasaran utama atau skunder


Kriteria Kelayakan Pemohon

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Pembeli rumah pertama
  3. Perkerja bergaji atau individu yang berkerja sendiri
  4. Pemohon individu atau bersama

Pendapatan kasar bulanan isi rumah :

– tidak lebih daripada RM5,000 – Bagi pemohon individu atau bersama
lebih daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM10,000 – bagi pemohon bersama (tertakluk kepada pendapatan kasar bulanan isi rumah setiap pemohon tidak lebih daripada RM5,000)


Pembiayaan permohonan di bawah Skim ini boleh dibuat di cawangan bank terdekat yang terlibat seperti berikut 

  1. Affin Bank / Affin Islamic
  2. Alliance Bank / Alliance Islamic Bank
  3. Ambank / Ambank Islamic
  4. Bank Islam
  5. Bank Muamalat
  6. Bank Of China
  7. Cimb Bank / Cimb Islamic
  8. Hong Leong Bank / Hong Leong Bank Islamic
  9. Maybank / Maybank Islamic
  10. MBSB Bank
  11. OCBC Bank / OCBC Al-Amin
  12. Public Bank / Public Islamic Bank
  13. RHB Bank
  14. Standard Chartered / Standard Chartered Saadiq
  15. UOB Bank

Untuk Maklumat Lanjut Boleh Rujuk : SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)

Leave a Comment