[TERKINI] Kerajaan Negeri Sarawak Akan Meneruskan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 4.0 Sehingga Disember 2020

MAKLUMAT BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG 4.0

[TERKINI] SARAWAK (KUCHING) – Kerajaan Negeri Sarawak kini mengambil keputusan untuk meneruskan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 4.0 (BKSS) sehingga disember 2020 ini dengan tambahan kos sebanyak RM104.84 Juta.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg juga telah berkata, lanjutan itu akan melibatkan tujuh langkah yang perlu diperluas di bawah BKSS 2020.


BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG 4.0

Menurut beliau, tujuh langkah itu adalah diskaun bil eletrik dan air; diskaun 50 peratus kadar sewa perumahan HDC; bantuan RM500 sektor e-hailing; diskaun sewa kepada penjaja; pemansuhan yuran lesen dan permit serta pemansuhan sewa PKS yang beroperasi di premis milik kerajaan negeri.

“Sepanjang enam bulan lalu, Kerajaan GPS menerima maklum balas positif daripada masyarakat dan pasukan petugas barisan hadapan yang mendapat manfaat daripada bantuan BKSS.

“Saya harap dengan lanjutan BSKK hingga hujung tahun ini akan memudahkan kehidupan rakyat di Sarawak yang terkesan akibat pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media BSKK 2020 di Kuching pada Jumaat.


 

Leave a Comment